Wednesday, April 07, 2010

hot temper (-_-)


hot..hot...kenape rase nak marah2 je ni..huhu...tesion2... x tau kenape...adakah kerana ini???emm..tah la..kenapa setiap kali bende ini datang emosi menjadi tidak stabil??adakah semua perempuan2 merasa begitu juga ketika kedatangan ini?emm..adakah yg dapat memahami bagaimana keadaannya ketika ini..
tadi cuba2 menggoogle perkara yg berkaitan dgn ini..emm..kiranya kesan2 yg teman alami mmg ada..malah ada juga yg lebih teruk..huhu
di bawah ni antara2 yg berlaku...


1. Dismenorea
Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

2. Menoragia
Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

3. Amenorea
Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid
Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:

Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

Payu dara - ketegangan, bengkak

Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

Kurang kencing

Kulit berjerawat






emm...begitulah yg berlaku kt teman skrg..huhu...

No comments: